7 TANDA TOKSIN BERLEBIHAN
DALAM TUBUH
Pernah tak anda dijauhi kerana masalah bau badan ?
Alami banyak jerawat atau sering menggaru-garu ?
Sering kali kepenatan dan keletihan walaupun dah berehat panjang ?
Jom kita periksa tanda-tanda di bawah ini.
1. SERING KELETIHAN
Anda dah berehat panjang dan cukup tidur tapi anda tetap rasa mengantuk dan kurang bertenaga. Buat kerja sikit dah letih. Mulalah nak minum kopi segera atau makan makanan manis. Kononnya nak tambah tenaga. Tapi sebenarnya minuman dan makanan manis hanya mampu memberi tenaga segera tetapi hanya bersifat sementara sahaja. Keletihan juga adalah tindak balas hormon terhadap sistem imun tubuh anda.
2. BERAT BADAN SUSAH TURUN
Anda sentiasa melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, mengurangkan kalori makanan dan ambil suplemen untuk turunkan berat badan tetapi berat badan sukar juga untuk turun lebih banyak.
3. MULUT & NAFAS BERBAU
Nafas dan mulut berbau sering dikaitkan dengan masalah penghadaman. Ini bermakna hati anda sudah tidak mampu untuk menghapuskan terlalu banyak toksin dalam badan. Sehinggakan bau nafas yang busuk itu tetap kembali walaupun anda sudah puas memberus gigi, mengunyah gula-gula getah, dan berkumur dengan ubat kumur. Namun masih tidak boleh menghilangkan masalah bau nafas dan mulut.
4. SEMBELIT
Apabila anda mengalami sembelit, najis dan toksin dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan dengan baik. Akhirnya menyebabkan semua toksin terkumpul yang boleh memberi kesan negatif pada badan. Sembelit boleh menyebabkan sakit perut, sakit kepala, sakit-sakit badan dan keletihan.
Masalah sembelit juga boleh berpunca daripada masalah penghadaman makanan yang anda ambil. Makanan proses sukar untuk dihadam dengan baik kerana bercampur dengan bahan kimia dan pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanannya. Bayangkan berapa lama anda telah mengambil makanan proses ini sepanjang hidup anda tanpa disedari.
5. SENSITIF PADA BAUAN
Mereka yang mempunyai toksin yang tinggi dalam tubuh selalunya akan bertindakbalas dengan bauan terutamanya bau wangian. Anda juga mungkin mengalami pening atau sakit kepala atau sakit perut apabila tercium bauan yang kuat.
6. SAKIT KEPALA
Jika anda selalu mengalami sakit kepala, kemungkinan besar racun toksin telah terlalu banyak dalam tubuh anda hingga mengganggu peredaran darah dan menyebabkan sakit kepala.
7. MASALAH KULIT
Jerawat, ruam, bisul dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Khususnya, boleh dikaitkan dengan racun dalam makanan yang diambil atau penggunaan produk penjagaan kulit. Ruam dan gatal-gatal pada kulit pula adalah tanda tubuh anda cuba menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. Awas juga jika mata bengkak dan ekzema atau mengalami psoriasis juga boleh menjadi tanda bahawa kandungan racun toksin dalam tubuh pada paras yang tinggi.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBUANG TOKSIN DALAM TUBUH ?
- MELAKUKAN SENAMAN - bersenam dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memudahkan kita membuang toksin melalui peluh
- BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG / PUTIH - air mampu mengurangkan kepekatan darah. Dengan minum air secukupnya akan membantu melancarkan proses pembuangan toksin melalui urin atau najis.
- BERURUT - berurut boleh membantu melancarkan peredaran darah yang mungkin tersumbat.
Bagi menangani masalah toksin yang berlebihan dalam badan, anda juga boleh mengamalkan pengambilan 2 biji kapsul Pink Lady Body Perfection sekali sehari. Ia membantu melancarkan pembuangan dan membersihkan usus dari toksin yang berlebihan dalam badan tanpa alami cirit-birit. Pada masa yang sama Pink Lady Body Perfection juga merawat secara dalaman dan luaran untuk mencantikkan kulit anda agar lebih cerah, halus dan gebu. Berat badan pun turun serta memantapkan lagi aset wanita anda.
Anda nak tahu lebih lanjut mengenai kelebihan dan kebaikan Pink Lady ? Klik SINI
Comments
Post a Comment