Baru sekejap makan, nak makan lagi. Macam tak kenyang², asyik nak makan je! Ini 8 punca korang boleh tahu supaya dapat kawal berat badan tu. No.5 tu siapa selalu buat?
1️. SKIP BREAKFAST
Breakfast penting sebab kita perlukan tenaga sepanjang hari. Fakta menunjukkan orang yang tidak sarapan pagi akan makan lebih banyak sepanjang hari. .
2️. ANDA DAHAGA TAPI PILIH UNTUK MAKAN
Kebanyakan orang keliru antara rasa dahaga dengan lapar. Tubuh badan kurang air menyebabkan kita makan lebih banyak sebab ianya meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Jadi kalau rasa lapar tapi sebenarnya baru lepas makan, minumlah air dgn banyak! .
3️. MAKAN GUNA PINGGAN BESAR
Tahu tak saiz pinggan boleh buat kita makan berlebihan? Bila ada lebih banyak ruang pada pinggan, makanan nampak sikit sedangkan itulah bahagian makanan yang sepatutnya kita makan. Lepas ni, guna pinggan kecil je okay!
4️. MAKAN CEPAT
Hormon dalam tubuh tidak boleh bekerja apabila kita makan terlalu cepat. Ini yang membuat kita tak pernah merasa kenyang. Kajian dah membuktikan, semakin lama kita mengunyah makanan maka kita akan merasa kenyang lebih lama.
5️. KONON STRESS, IKUT SANGAT NAFSU !
Kenapa stress boleh buat kita lapar? Semasa kita dlm keadaan tegang, sistem tubuh badan meningkatkan produksi hormon stress iaitu adrenalin dan cortisol. Peningkatan hormon2 tersebut buatkan badan memerlukan tenaga sehingga nafsu makan meningkat.
6️. TEMAN SI DIA MAKAN
Selalu berlaku, awalnya niat nak teman pasangan makan. Terlalu lama merenung makanan, akhirnya terbabas sampai makan sekali! Selalu kan?
7️. TOKSIN
Toksin ganggu kesan isyarat yang memberitahu kita dah kenyang. Toksin menghalang kesan hormon, leptin, yang memberi isyarat bahawa kita tidak lagi lapar. Akibatnya, kita mungkin fikir kita lapar dan menyebabkan kita sentiasa nak makan.
8️. KUNYAH CHEWING GUM
Mengunyah chewing gum boleh buat kita lapar. Ketika kita mengunyah, air liur akan ditelan dlm perut. Ini akan memberi kesan kepada perut yang memproses makanan. Itu yg buat kita mudah rasa lapar.
Comments
Post a Comment