SENGGUGUT - CARA MERAWAT YANG BERKESAN


CARA MERAWAT SENGGUGUT YANG BERKESAN

Senggugut sering dialami oleh sebilangan remaja dan wanita pada setiap bulan ketika datang haid. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk melakukan rutin harian dengan sempurna sehingga boleh menjejaskan kesihatan mereka. Di bawah ini ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan kesakitan akibat senggugut.


1. MINUM AIR SUAM
Bila anda kena senggugut, anda boleh mengamalkan minum air suam kerana ia boleh mengurangkan masalah senggugut anda.

2. MINUM AIR HALIA
Caranya dengan merebus halia ke dalam air. Cuci bersih kulit halia supaya tiada pasir halus yang melekat di kulit halia. Orang tua kata, khasiat halia ada pada kulitnya. Ketuk halia atau hiris nipis pun boleh. Kemudian, masukkan cengkih, kulit kayu manis. Masak hingga air mendidih. Boleh pilih untuk letak gula sedikit supaya anda boleh minum dengan selesa kerana bukan semua orang boleh minum secara kosong.

Anda boleh juga mengamalkan dengan meminum air halia selama sebulan. Minum sebanyak dua kali setiap hari. Ketika mengamalkannya jika senggugut masih menyerang, cepat-cepat rendamkan kaki ke dalam satu bekas air suam yang dicampur dengan sedikit garam. Cuba amalkannya sehingga rasa sakit hilang.

3. HILANGKAN SENGGUGUT DENGAN PAD PEMANAS / BERTUNGKU
Tuam bahagian bawah perut anda untuk menghilangkan rasa sakit senggugut. Cara ini sering digunakan kerana keberhasilannya menghilangkan senggugut. Dengan meletakkan pad pemanas atau tungku pada bahagian perut dapat mengurangkan rasa sakit dan kejang ketika haid kerana haba dari pad pemanas atau bertungku dapat melancarkan pengaliran darah pada otot-otot sekitar rahim.

4. HILANGKAN SENGGUGUT DENGAN URUTAN
Cara urutan juga dapat menghilangkan kesakitan ketika senggugut. Dengan mengurut bahagian abdoman secara perlahan-lahan. Angkat kaki sedikit dengan alaskan bantal kecil di hujung kaki. Kemudian perlahan-lahan urut bahagian perut boleh juga menggunakan minyak panas ketika mengurut bagi memberi kelegaan semasa mengurut.

5. SUPPLEMENT PINK LADY BODY PERFECTION
Pink Lady Body Perfection adalah supplement khas untuk remaja & wanita yang boleh membantu mengurangkan dan merawat kesakitan akibat dari senggugut yang teruk yang sentiasa dialami pada setiap bulan semasa kedatangan haid. Pink Lady Body Perfection berfungsi melancarkan aliran darah haid, tempoh kedatangan haid menepati masa dan lebih teratur, dan tiada lagi masalah senggugut. Nak tahu info lebih lanjut mengenai Pink Lady Body Perfection ? Klik di SINI


Comments